Kebanyakan orang yang nak menurunkan berat badan perlu memahami perkara ini; makanan yang sihat boleh menurunkan berat badan. Ianya tidak mustahil kerana Malaysia kaya dengan pelbagai jenis makanan. Masalahnya ialah apabila impian untuk menurunkan berat badan terbantut sebab terlalu banyak pilihan makanan. Oleh itu, pemilihan makanan yang betul untuk diet adalah penting untuk menurunkan berat badan. Dalam post ini, anda akan mengetahui beberapa jenis diet yang anda boleh amalkan untuk menurunkan berat badan makanan.

 

Berikut merupakan 10 jenis diet yang popular untuk menurunkan berat badan:

1. Diet sayur

Di luar negara, diet sayur ini amat popular diamalkan terutama sekali di Amerika Syarikat dan United Kingdom. Hal ini kerana mereka telah didedahkan tentang kepentingan sayur sejak dari kecil lagi. Diet sayur mengkhususkan pemakanan yang lebih kepada sayur-sayuran dan mengurangkan pengambilan protein dan lemak. 

 

2. Diet nasi

Diet nasi sudah menjadi popular di dalam Malaysia. Tetapi, nasi dan rakyat Malaysia berkawan baik kan? Diet nasi lebih memfokuskan pengurangan jumlah nasi berbanding lauk dan sayur-sayuran. Namun, ianya boleh digantikan dengan sumber karbohidrat yang lain seperti roti gandum penuh. Diet nasi ini antara yang popular kerana hasilnya yang efektif. Sesiapa yang melakukan diet nasi ini dapat menurunkan berat badan dengan lebih cepat.

 

3. Diet Atkins

Dalam amalan diet Atkins, karbohidrat akan disingkirkan daripada nutrisi keperluan. Apabila salah satu daripadanya (karbohidrat) sudah di ‘keluarkan’ dari senarai pengambilan seharian, bererti pengamalnya juga telah mengurangkan pengambilan kalori dalam sehari dan sekaligus membawa kepada penurunan berat badan. Diet atkins mempunyai 4 fasa dan pengamal perlu mengikuti bermula dari fasa 1 sehingga fasa ke 4.

 

4. Diet telur

Diet telur rebus ini dikatakan mampu meningkatkan metabolisme tubuh seseorang dan membakar lemak dengan lebih cepat. Malahan, jika anda mengamalkan diet sihat selepas berhenti melakukan diet telur ini, berat badan anda tidak akan meningkat mendadak seperti sesetengah diet yang lain. Namun, anda hanya perlu makan telur rebus sahaja makanan utama anda diikuti minum air 8 ke 10 gelas sehari.

 

5. Diet kekacang

Pernah dengar diet kekacang? Diet kekacang telah menjadi bualan hangat untuk peminat K-Pop apabila anggota kumpulan Bigbang, Top, telah memberitahu bahawa dia telah mengamalkan diet kekacang untuk mendapatkan badannya yang terkini, Hanya makan kekacang dan minum air sekurang-kurangnya 8 gelas sehari, anda akan mengalami penurunan berat badan yang drastik kerana pengurangan kalori daripada karbohidrat.

 

6. Diet tinggi lemak

Diet tinggi lemak sering digunakan untuk menurunkan berat badan dan ianya terbukti berhasil. Diet ini memfokuskan pengambilan lemak yang sihat dan mengurangkan pengambilan karbohidrat. Ianya seperti diet atkins tetapi tidak mempunyai fasa-fasa yang tertentu yang telah ditetapkan. Diet tinggi lemak ini amat popular di luar negara terutama sekali penggemar keju kerana ianya antara lemak baik yang boleh digunakan.

 

7. Diet kalori

Pengamal diet kalori akan lebih tertumpu dengan jumlah kalori yang mereka perlu ambil untuk sehari. Ianya bergantung kepada berat dan tinggi seseorang itu. Jika ingin menurunkan berat badan, anda perlu memastikan kalori yang anda ambil dalam sehari perlu kurang daripada kalori yang anda sepatutnya ambil. Diet ini tidak terlalu bosan kerana anda boleh makan apa sahaja, asalkan jumlah kalori anda tidak melebihi daripada sepatutnya.

 

8. Diet rendah lemak

Selain diet tinggi lemak, diet rendah lemak juga sering diamalkan untuk tujuan menurunkan berat badan. Para pengamal diet rendah lemak akan mengurangkan pengambilan sumber lemak dan akan menggantikannya dengan pengambilan protein dan karbohidrat. Selain itu, diet rendah lemak juga dapat merendahkan jumlah kolesterol di dalam badan kerana pengurangan lemak yang telah dilakukan oleh anda.

 

9. Diet protein

Pengambilan protein yang mencukupi dapat membantu membina dan membaiki otot atau tisu yang rosak serta ianya juga berperanan menghasilkan enzim dan hormon untuk menyokong sistem imun dan mengekalkan tahap tenaga dan stamina yang tinggi. Selain dapat menurunkan berat badan, diet protein juga dapat membantu dalam perkembangan otot di dalam badan.

 

10. Diet epal

Buah epal mempunyai sumber nutrisi yang sangat banyak dan buah epal juga merupakan di antara buah yang dapat mempercepatkan proses penurunan berat badan seseorang. Artis Korea, IU, berjaya menurunkan berat badannya hanya dengan mengamalkan buah epal sebagai makanan utama. Ditambah dengan senaman 3 kali seminggu dapat membantu menurunkan berat badan yang diinginkan.

 

Demikian adalah 10 jenis diet yang popular untuk menurunkan berat badan. Terpulang kepada apa jenis diet yang anda mahu ikuti untuk menurunkan berat badan. Apa yang penting adalah anda perlu mengamalkan diet yang sihat serta melakukan senaman kerana ia adalah kombinasi terbaik untuk menurunkan berat badan. Anda pun tak perlu makan pil-pil untuk menguruskan badan lagi. Sekarang pun ramai wanita yang boleh mendapatkan berat badan ideal hanya dengan mandi sahaja. Ketahui lebih lanjut di sini.