Ramai orang buat diet untuk menurunkan berat badan agar menjadi lebih langsing, menarik dan menawan. Pelbagai tips diet yang telah diciptakan dengan menjanjikan hasil yang cepat, sebagai contoh turun berat 5 kg dalam tempoh seminggu! Semestinya ramai yang akan melakukannya kerana sudah menjadi lumrah manusia untuk berasa tidak sabar untuk melakukan sesuatu.

 

Namun, ada juga diet yang tidak begitu ekstrem tetapi mampu memberikan hasil yang cepat seperti turun 10 kg dalam tempoh sebulan. Adakah anda tahu diet apakah itu? Ianya dikenali sebagai diet keto atau nama lainnya ketogenik. Diet ini sangat popular di luar negara di mana mereka menghadkan jumlah pengambilan karbohidrat mereka dengan tidak memakan nasi, mee, roti, tepung, serta yang berkaitan dengannya.

 

Namun, mereka menggantikan dengan pengambilan jumlah sayur-sayuran yang banyak kerana sayur-sayuran mengandungi karbohidrat dan vitamin yang diperlukan oleh badan. Sebab itulah diet keto ini mampu menurunkan berat badan anda sebanyak 10 kg sebulan. Tetapi, ianya bergantung kepada tahap metabolisme badan seseorang individu itu. Jadi, tidak semua orang akan berjaya turun berat badan 10 kg dalam tempoh sebulan.

 

Karbohidrat sangat penting dalam badan dan ianya merupakan nutrisi yang dapat memberikan tenaga untuk manusia. Tetapi, dengan pengambilan yang berlebihan boleh membuatkan berat badan akan melonjak naik tanpa kita sedari. Antara faktor lain juga disebabkan pengambilan gula yang tinggi membuatkan sumber karbo itu bertukar menjadi lemak dalam badan. Hal ini membuatkan badan kita akan mula menggelebeh dan tidak cantik untuk melihatnya.

 

Selain itu, ianya dapat mengurangkan serta mengawal nafsu makan anda. Kurang pengambilan karbohidrat yang cepat hadam (nilai glycemic index tinggi) akan membantu menstabilkan hormon insulin dan glukos darah. Jadi, inilah kunci untuk mengawal nafsu makan anda yang selama ini pantang tengok makanan di pasar malam, hampir semua makanan ingin dibeli. Selepas ini tiada lagi kenduri makanan daripada pasar malam.

 

 

Sepanjang diet keto ini dijalankan, anda perlu mengambil air yang secukupnya untuk badan anda. Hal ini kerana anda akan mula cepat lapar disebabkan perut anda mula bosan dan ingin di minta isikan dengan makanan. Pengambilan air perlulah mengikut berat badan terkini anda. 1 liter air bersamaan dengan 25 kg berat badan. Jika anda mempunyai berat badan 75 kg, jadi anda perlu mengambil 3 liter air untuk keperluan badan.

 

Diet keto ini boleh dilakukan oleh semua kecuali ibu yang sedang mengandung dan yang berada di dalam tempoh menyusukan anak. Hal ini kerana ibu yang hamil serta menyusukan anak perlu mendapatkan sumber nutrisi karbohidrat yang mencukupi untuk keperluan diri dan juga si bayi. Diet keto ini sesuai dilakukan oleh orang yang mengalami kencing manis disebabkan diet ini dapat mengurangkan kadar gula di dalam darah.

 

Kesimpulannya, anda boleh mengikut apa jua jenis diet yang bersesuaian dengan anda dan ianya selesa dilakukan sepanjang tempoh penurunan berat badan dijalankan. Jangan ikut mana-mana diet tanpa ilmu yang lengkap tentang diet itu. Fahami setiap konsep diet yang anda pelajari dan pilih yang mana bersesuaian dengan anda. Sudah tentu, anda juga perlu mengamalkan produk pelangsingan badan untuk membantu menurunkan berat badan.