Pernah buat diet atkins?

 

Diet atkins adalah diet yang paling cepat untuk kurus. Terdapat banyak testimoni orang berjaya menurunkan berat badan dengan mengamalkan cara ini.

Tetapi ada juga orang yang gagal kerana tidak buat diet dengan betul. Sebelum kita mengetahui lebih lanjut tentang kesilapan buat diet dengan betul, mari kita ketahui serba sedikit tentang diet yang popular ini.

Apakah itu diet atkins?

 

Sejenis corak pemakanan unik yang diperkenalkan oleh Dr. Robert C. Atkins untuk membantu individu untuk mengurangkan berat badan.

Ia menggunakan konsep pembakaran karbohidrat dan lemak di dalam badan. Pengamalnya tidak mengambil sebarang makanan yang mengandungi karbohidrat.

Tubuh badan anda akan mula membakar lemak untuk mendapatkan tenaga yang diperlukan seharian. Semakin kurang mengambil karbohidrat, semakin banyak lemak akan dibakar, maka semakin cepat berat badan menurun.

Namun, jangan jadi seperti saya. Sekadar menjauhi makanan yang mengandungi karbohidrat sahaja tidak mencukupi. Untuk mengamalkan diet atkins, anda perlu mengetahui cara diet yang betul bagi mendapatkan kesan yang maksimum.

 

Cara Yang Betul Untuk Buat Diet Atkins

 

Terdapat 4 fasa yang perlu anda lalui:

 

1. Fasa pertama iaitu Induction atau pengenalan

Tujuan utama fasa ini adalah bagi menyesuaikan diri anda dengan corak pemakanan diet atkins. Dalam fasa induction ini, badan akan membakar karbohidrat kepada lemak bagi mendapatkan tenaga.

Selain itu, fokus dalam fasa induction ini adalah untuk menstabilkan kadar gula dalam darah. Anda akan mengalami tanda-tanda seperti mulut berbau, pening dan loya-loya. Anda tidak perlu risau kerana tanda-tanda ini hanya sementara sahaja.

Fasa induction ini boleh diamalkan sekurang-kurangya 2 minggu. Ada yang mengamalkannya sehingga 6 bulan. Namun tempoh maksimum yang dicadangkan adalah 2 tahun. Pada fasa ini, anda akan kehilangan banyak berat badan.

 

2. Fasa kedua iaitu penurunan berat badan secara berterusan

Pada fasa kedua diet atkins ini, berat badan anda akan terus menurun tapi tidak secepat seperti fasa induction.

Ini kerana anda sudah mula mengambil karbohidrat di dalam menu seharian.

Meskipun sudah boleh mengambil karbohidrat, namun ianya haruslah dalam jumlah terkawal. Gula sama sekali tidak digalakkan untuk diambil. Ketika dalam fasa kedua ini, anda sudah boleh perlahan-lahan memasukkan kekacang dan buah-buahan ke dalam diet anda.

 

3. Fasa ketiga iaitu fasa pra-penyelenggaraan

Apabila memasuki fasa ketiga ini, kebiasaannya anda sudah hampir mencapai berat badan idaman.

Anda tidak lagi mengamalkan diet yang terlalu ketat. Kuantiti karbohidrat juga sudah boleh ditambahkan ke dalam menu seharian anda.

Semasa fasa pra-penyelenggaraan ini, anda sudah boleh menikmati nasi dan sayuran dalam kuantiti yang terkawal sahaja.

 

4. Fasa keempat iaitu penyelenggaraan seumur hidup

Selalunya apabila anda sudah memasuki fasa terakhir diet atkins ini, bermakna anda sudah kurus dan berat badan idaman telah tercapai!

Anda sekarang dalam proses mengekalkan berat badan sampai bila-bila. Anda boleh mengambil menu makanan seperti biasa asalkan ianya menu sihat dan menepati pyramid pemakanan seharian.

 

Tips asas diet atkins yang perlu anda tahu

 

  • Elakkan makanan tinggi karbohidrat seperti kuey teow, mee, laksa, pasta ketika berada dalam setiap fasa diet atkins.
  • Elakkan pengambilan gula putih dalam setiap fasa.
  • Bagi mendapatkan kesan yang maksimum, anda dinasihatkan mengikuti diet ini bermula daripada fasa induction lagi.
  • Apabila mula memasuki fasa baru, anda sudah boleh mula mengambil semula karbohidrat secara perlahan-lahan.

 

Tujuan asal mengamalkan diet yang sihat ini bukan semata-mata untuk mendapatkan berat badan idaman mahupun rupa paras yang cantik, tetapi untuk memberikan kesihatan yang lebih baik pada masa akan datang.

Apa-apa pun, untuk mengamalkan sesuatu diet, anda perlu mempunyai sedikit sebanyak ilmu tentang diet tersebut. Tidak boleh mengamalkan diet semberono sahaja.

Anda jangan sesekali berlapar bagi menurunkan berat badan kerana ianya sama sekali menyeksa diri dan merupakan cara yang tidak betul.

Perkara yang paling penting, anda perlu seimbangkan pemakanan anda dan pilihlah aktiviti seharian yang sihat.

Semoga perkongsian diet atkins kali ini dapat memberikan manfaat buat kita semua.

P.S Berminat untuk mendapatkan produk pelangsingan badan yang selamat tanpa memudaratkan tubuh badan, ketahui lebih lanjut tentang produk kami di sini.